mungkin berita mengenai adik nurin mengganggu emosi aku.entah mengapa.aku amat sensitif sekali.tak sangka.Perkara kecil pun aku cukup terasa hati sekali.aku malu.amat malu.didepan rakan sekerja.hal kecil sampai menitiskan airmata.entah.
AL-Fatihah September 21, 2007
Dalam kejadian Isnin lalu, Nurin Jazlin dipercayai dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Petaling Jaya Utara.Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah sehingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayat hati kanak-kanak itu.Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan `kurus kering’ selain mempunyai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya ketika membuat pengecaman pertama kali Isnin. sumber:Harian Metro takziah buat keluarga arwah Nurin.Semoga tabah menerima dugaan.http://www.nurinjazlin.blogspot.com
salam Ramadhan September 13, 2007
ramadhan kali ini, entah kali yg keberapa ku sambut tanpa keluarga. sejak zaman SPM lagi..dah hampir 10 tahun.cuaca sejuk ditambah kedinginan penghawa dingin membuat tak terasa seakan berpuasa. Malam semalam aku diuji. diuji kesabaran.menunggu bas yg perjalanan tak sampai 5 minit ke hentian, selama hampir 2 jam…tiba di hentian kedua, bas seterusnya pula rosak.penantian diteruskan hampir 1 jam.tiba di rumah hampir ke jam 10. Benarlah kata org, penantian suatu penyiksaan. Orang yg tak mempunyai kenderaan sendiri,umpama patah kaki.Tak mampu kusangkal. tapi aku yakin,ada hikmah disebaliknya.Tuhan tak mungkin menguji hamba nya dengan dugaan yg mereka tak mampu hadapi.
penyangak kolar putih September 12, 2007
“Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang dikemukakan di Parlimen Jumaat lalu, mendedahkan kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam, termasuk dalam pembelian pelbagai barang serta peralatan.
Antaranya, pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga yang dilaporkan melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.
Ia termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.
Turut didedahkan ialah tindakan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan menandatangani 11 kontrak bernilai antara RM7.99 juta hingga RM74.2 juta berkaitan projek IKBN bagi pihak kerajaan, tetapi tiada surat penurunan kuasa menteri dikemukakan ketika pengauditan dijalankan.”-Sumber Berita Harian
Manusia bertopengkan setan yg mengatakan makan babi tu haram tapi
dok bagi anak bini makan benda haram yg sama berdosa dengan haramnya
makan babi.
makan babi pun dibenarkan dalam keadaan Darurat…tapi makan duit HARAM????
why September 5, 2007
“why u want to be an IC Designer?”
salah satu soalan test.muahaha..bukan test interview.tapi test.apa nak jawab tatau.
akhirnya aku tulis ” ic designer is not anyone dream’s naturally.It is thru learning process”.
muahaha…macam tu la aku jawab.aku mmg tk pernah bercita2 nak masuk bidang nie.
aku tak minat langsung.tapi dah terjebak.dari dulu lagi.
apa yg paling aku tak suka.itulah yg aku kene lakukan.apa yg aku nak.
tak pernah dapat.naper?
“Hanya DIA yang tahu”
case closed Ogos 29, 2007
kadang kala kita tak tau nak buat keputusan terbaik bilamana keputusan itu terpaksa dilakukan on the spot. tanpa fikir panjang,akhirnya aku buat keputusan untuk “closed the case”. waalupun pada mulanya aku sangat beremosi semasa membuat complaint.tapi itulah.aku akhirnya mengalah.
penat Ogos 24, 2007
takda cuti 2 minggu nie.badan rasa letih semacam.setiap hari balik lewat.terkejar sana sini.boleh tak bagi cuti?
nak cuti.cha wau ta ya
pening Ogos 13, 2007
pening naik bas hari nie…semua nak bercakap..slowkan la skit tune tu..nak kasik semua dgr….mentang2 org tk paham bahasa dia…tolongla…yg satu lagi makhluk nie pun..siap pasang kuat2 lagu kt hp canggih dia tu….walaupun dlm bas tu da pasang radio…plisssss
rehat Ogos 4, 2007
waaa…lagi 5 minit ke pukul 5…aku nak balik…aku nak tgk bumi hijau..bukan monitor kaler kaler