Akukahaku’s Weblog

A journey of an unexplained

penyangak kolar putih September 12, 2007

Difailkan di bawah: sehari hari — akukahaku @ 8:59 am

“Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang dikemukakan di Parlimen Jumaat lalu, mendedahkan kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam, termasuk dalam pembelian pelbagai barang serta peralatan.
Antaranya, pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga yang dilaporkan melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.
Ia termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.
Turut didedahkan ialah tindakan ketua setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan menandatangani 11 kontrak bernilai antara RM7.99 juta hingga RM74.2 juta berkaitan projek IKBN bagi pihak kerajaan, tetapi tiada surat penurunan kuasa menteri dikemukakan ketika pengauditan dijalankan.”-Sumber Berita Harian

Manusia bertopengkan setan yg mengatakan makan babi tu haram tapi

dok bagi anak bini makan benda haram yg sama berdosa dengan haramnya

makan babi.

makan babi pun dibenarkan dalam keadaan Darurat…tapi makan duit HARAM????